Wednesday, October 8, 2008

Saya Juga Menyokong




Kita sudah sampai ke tahap di mana kuasa politik menjadi tuan kepada bangsa. Kita dianuti dengan doktrin bahawa sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dan pandangan dengan kita adalah mereka yang salah dan menyimpang. Kita diasuh supaya berkata 'ya' pada sesuatu yang berlawanan dengan naluri semulajadi kita.

Kita juga secara perlahan-lahan mula melupakan risiko dan berada dalam keadaan selesa demi kepentingan orang-orang tertentu. Kita takut untuk berkata 'tidak' kerana kita tahu nanti hak kita akan dinafi. Kita gersang idea untuk berhujah bila ianya melibatkan nasi makan dan air minum kita. Kita hanya melihat sahaja apa yang berlaku di depan mata itu berlalu dengan pandangan kosong.

Kita sebenarnya merosakkan budaya, memiskinkan nilai sosial, dan meruntuhkan tamadun dengan perbuatan kita sendiri. Kita sentiasa terlupa bahawa politik itu adalah agama. Agama mengajar benda-benda yang mulia dalam hidup. Agama mengajar kita bagaimana untuk menyatukan hati-hati manusia. Agama memberi petunjuk bagaimana piagam kemanan itu boleh didirikan, dan agama juga memberikan cahaya apa ertinya berjalan di jalan yang lurus.

Agama tidak mengajar benda-benda yang remeh. Agama tidak mendidik supaya bila lelaki bertemu wanita, kedua-duanya perlu tunduk untuk mengelak dari bertemu mata. Agama tidak menganjurkan kita secara kolektif mengumpul pahala secara individu tetapi pada masa yang sama pegangan, dan tamadun kita tertiarap tanpa bangkit lagi. agama tidak mengajar benda-benda yang boleh dicapai dengan akal manusia. Agama membawa seribu kebijaksanaan dalam mentadbir kehidupan, tetapi itulah yang sering kita tolak ke tepi.

Siapakah kita untuk menahan tanpa bicara sesiapa pun walaupun untuk tempoh berapa lama. siapakah kita untuk mengekang suara-suara yang mengatakan bahawa kita adalah salah dan tidak kena sebenarnya. Siapakah kita untuk membuat apa sahaja demi kepentingan diri kita sendiri dengan membebankan orang lain.

Kita meminjam alam dan seluruh isinya ini dari generasi yang akan datang. Kita wajib memulangkannya kepada mereka dalam keadaan yang jauh lebih baik dari apa yang kita ambil. Jika tidak, kita sebenarnya gagal. Kita tidak berjaya membentuk manusia-manusia yang insan. Kita tersungkur lemah kerana tidak mampu melahirkan satu gagsan tamadun yang unggul untuk bangsa kita sendiri. Kita berdosa kepada anak cucu kita sebenarnya. Kita menerapkan nilai-nilai yang tidak betul ke dalam unsur-unsur kehidupan mereka yang akan datang.

Hari ini kita menangis melihat satu lagi kegagalan manusia.

hari ini kita sedih meilhat satu lagi kecelakaan dunia.

Kalaupun kita tidak mampu dan tidak berkeinginan untuk mebangunkan, cukuplah sekadar kita tidak merobohkan. kalaupun kita tidak ingin menghulurkan tangan untuk menolong, jangan pula kita menyusahkan. Kalaupun kita tidak ingin melahirkan, jangalah kita membunuh. kalaupun kita tidak sudi membesarkan, janganlah pula kita menindas.

Minda kita telah tertutup oleh benda-benda kecil yang mengaburi anak mata kita yang sedia kecil. Kita berjaya secara sendirian tidak akan memberikan makna yang signifikan sehinggalah kita meningkatkan martabat nusa dan bangsa kita bersama.

tetapi itu perjalanan yang panjang. Sampai kita menutup mata pun, ini akan terus menajdi mimpi yang paling indah untuk sebuah bangsa Malaysia.

Kita menagis lagi kerana kegagalan jiwa manusia.

2 comments:

yellowherbie said...

saya amatlah bersetuju dengan pendapat saudara. ya,saya sama-sama menyokong! baru semalam saya terbang bersama seorang komander yang agak lantang bersuara. ingin saya sampaikan di sini misi komander tersebut jika beliau seorang menteri pendidikan. "Merombak dan mengatur semula silibus pengajian agama di insitusi pendidikan rendah. apa? bagi beliau (di mana saya pon bersetuju), pendidikan agama bukanlah tajwid dan sejarah. pendidikan agama sepatutnya berkenaan sifat-sifat mulia seorang muslim. secara praktikal dan bukan subjektif. contoh,mengajar para pelajar bersopan-santun terhadap orang tua, rendah diri, dan sebagainya. kesimpulannya, mempraktikkan apa Nabi Muhammad S.A.W lakukan seharian.dalam erti kata lain, sunah Nabi. sekian...

Shiro said...

Idea anda sangat bernas...:) Jika kita semua melihat sesuatu benda itu dengan pandangan yang positif dan melupakan agenda-agenda yang tersembunyi, jauh melebihi dari apa yang kita sangkakan, kita sebenarnya mampu mengukuhkan hubungan kemanusiaan yang sejati dan juga mampu membangunkan minda dan tamandun kita secara kompetitif.